Dipetik Dari Utusan Malaysia:15/09/2008
TEORI Big Bang (Letupan Besar) adalah satu usaha untuk menjelaskan apa yang berlaku semasa permulaan terbentuknya alam semesta ini.
Penemuan dalam kajian astronomi dan fizik menunjukkan tanpa sebarang keraguan bahawa asal-usul alam semesta sama seperti objek-objek lain.
Teori Letupan besar adalah salah satu usaha untuk menerangkan apa yang terjadi semasa dan selepasnya.
Berdasarkan teori biasa, alam semesta mula muncul sebagai persamaan sekitar 13.7 bilion tahun lalu.
Alam semesta dikatakan bermula sebagai persamaan kecil, tiada batas panas, tiada batas tumpat - sesuatu persamaan.
Daripada mana ia muncul? Tiada siapa yang tahu. Dan bagaimana ia terjadi, juga tiada siapa yang tahu.
Selepas kemunculannya, ia mengembang dan membesar (Big Bang) dan menyejuk sebelum beralih daripada teramat kecil dan teramat panas kepada saiz dan suhu alam semesta yang ada pada masa ini.
Ia akan terus membesar dan menyejuk sehingga kini dengan manusia di dalamnya yang tinggal di planet, mengelilingi bintang-bintang, berkumpul bersama-sama dengan beratus-ratus bilion bintang lain dalam galaksi.
Semuanya berada dalam alam semesta yang membesar dan bermula sebagai sesuatu yang unik dan muncul entah dari mana.
Terdapat beberapa tanggapan salah yang menyelubungi teori tersebut.
Sebagai contoh, biasanya ia membayangkan letupan yang amat besar.
Bagaimanapun terdapat juga pendapat pakar yang menyatakan bahawa sebenarnya tidak berlaku letupan tetapi hanya proses pembesaran yang berterusan.
Selain membayangkan belon meletup dan membebaskan kandungannya, bayangkan belon yang berkembang daripada saiz yang kecil kepada saiz alam semesta sekarang.
Lagi satu tanggapan silap adalah membayangkan persamaan sebagai bola api yang kecil dan muncul di angkasa.
Berdasarkan kepada pakar, angkasa tidak wujud sebelum berlakunya Letupan Besar.
Mengimbas kembali pada akhir tahun 60-an dan awal 70-an apabila manusia mula menjejaki bulan, tiga ahli astrofizik Britain, Stephen Hawking, George Ellis dan Roger Penrose mengalih pandangan kepada Teori Relativiti dan implikasinya terhadap tanggapan awal ketika itu.
Pada 1968 dan 1970, mereka menerbitkan hasil kajian di mana mereka membincangkan mengenai Teori Relativiti Am Einstein bagi menambahkan ukuran ruang dan masa.
Berdasarkan kepada pengiraan mereka, masa dan ruang mempunyai permulaan yang terbatas bermula yang sepadan dengan asal bahan dan tenaga.
Keunikannya tidak muncul dalam ruang tetapi ruang bermula dalam keunikan berkenaan.
Sebelum keunikan berkenaan, tiada apa yang wujud, tiada ruang, masa, jisim atau tenaga - tiada apa.
Bukti teori Big Bang
Apakah bukti utama yang menyokong teori Big Bang?
1. Apa yang pasti, semua orang percaya setiap sesuatu pasti ada permulaan.
2. Galaksi kelihatan seperti bergerak jauh daripada kita pada kelajuan mengikut jarak. Ini dinamakan Hukum Hubble yang dinamakan selepas Edwin Hubble (1889-1953) yang menemui fenomena berkenaan pada 1929.
Pemerhatian berkenaan menyokong pembesaran alam semesta dan mencadangkan bahawa satu masa dulu alam semesta adalah padat.
3. Jika alam semesta terlalu panas seperti cadangan Big Bang, tentu terdapat sisa-sisa haba berkenaan.
Pada 1965, Radioastronomers Arno Penzias dan Robert Wilson menemui -270.425 darjah Celcius (C) radiasi Cosmic Microwave Background (CMB) yang merebak kepada alam semesta.
Ini mungkin sisa yang dicari-cari oleh saintis. Akhirnya timbunan elemen cahaya hidrogen dan helium ditemui dalam alam semesta yang diperhatikan dan didakwa dapat menyokong asal usul model Big Bang.
Teori Big Bang - teori yang munasabah
Adakah teori Big Bang yang standard adalah model konsisten dengan bukti berkenaan?
Tidak, ia hanyalah teori yang popular.
Ahli astrofizik terkenal George F. R. Ellis menerangkan, manusia perlu sedar terdapat beberapa model yang boleh menerangkan mengenai pemerhatian berkenaan.
Dalam pada itu, beberapa tokoh turut tidak ketinggalan dalam mengkaji teori ini termasuk pemenang anugerah Hadiah Nobel Dr. Hannes Alfvén, Profesor Geoffrey Burbidge, Dr. Halton Arp dan juga angkasawan British, Sir Fred Hoyle.
Georges Lemaître pula mencadangkan teori yang menceritakan asal usul semesta itu sebagai Teori Big Bang.
Bagaimanapun, ia masih tetap berpegang kepada Teori Relativiti Einstein tersebut.
Namun Hoyle dinyatakan sebagai orang yang mencipta istilah Big Bang pada 1949.
0 comments